Monday, March 17, 2008

Tugasan Topik

Tajuk : Kedudukan Malaysia
Tujuan : Menentukan kedudukan Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan Dunia.

1. Lukis peta dunia.
2. Namakan setiap benua dan warnakan dengan warna yang berlainan.
3. Steve dari New York, Amerika Syarikat hendak melancong ke Malaysia. Bolekah kamu nyatakan arah perjalanan Steve itu?
4. Umat Islam menghadapkan muka ke arah Kaabah yang berada di Makkah semasa bersolat. Jika kamu berada di Malaysia, menggunkan arah mata angin, ke arah mana patut kamu menghadapkan muka ketika bersolat?

Selesaikan latihan ini di dalam buku latihan dan serahkan selewat-lewatnya 28 Mac 2008

Saturday, March 15, 2008

Lokasi Malaysia di Dunia









2. Benua Asia ialah benua yang terbesar di dunia dan ia dibahagikan kepada lima bahagian:
a) Asia Tenggara
b) Asia Selatan
c) Asia Barat
d) Asia Tengah
e) Asia Timur


3. Malaysia terletak di tengah-tengah dunia iaitu di bahagian tenggara benua Asia.


4. Antara negara yang terdapat di benua Asia ialah India, China, Jepun dan Pakistan.


5. Di benua Asia, Malaysia terletak di sebelah tenggara India, selatan China dan barat daya Jepun.


6. Lokasi Malaysia di dunia pula ialah bahagian barat laut benua Australia dan di bahagian timur benua Afrika.


7. Malaysia dipisahkan dari benua Afrika oleh Lautan Hindi.


8. Kedudukan Malaysia di dunia adalah strategik kerana terletak di tengah-tengah jalan perhubungan air dan udara antarabangsa.


9. Malaysia terletak di kawasan bebas daripada bencana alam seperti letupan gunung berapi, gempa bumi dan angin kencang.


10. Pulau-pulau di Indonesia dan Filipina melindungi negara daripada hujan lebat dan angin kencang.


Klip video di bawah menunjukkan satu bencana alam yang pernah melanda Asia Tenggara termasuk Malaysia.








Soalan
Kita selalu mendengar berita tentang bencana alam yang berlaku di negara-negara lain terutamanya jiran kita Indonesia. Sebagai rakyat Malaysia, apakah yang boleh kita lakukan apabila mendengar berita-berita sedemikian?

Lokasi di Asia Tenggara






1. Malaysia terdiri daripada :
a) Semenanjung Malaysia
b) Sabah & Sarawak (Malaysia Timur)

2. Malaysia terletak di dalam lingkungan negara-negara Asia Tenggara.

3. Malaysia berada pada garis lintang 10U hingga 70U dan garis bujur 1000T.

4. Negara-negara lain di Asia Tenggara ialah Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Timor Leste, Filipina, Brunei Darussalam dan Singapura.

5. Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan Kemboja terletak di utara Malaysia.

6. Manakala Singapura dan Indonesia pula terletak di selatan Malaysia.

7. Di bahagian timur Malaysia ialah Filipina dan bahagian barat ialah Sumatera, Indonesia.

8. Malaysia dikelilingi oleh tiga laut utama iaitu Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau.

9. Semenanjung Malaysia dipisahkan dari Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan.

10. Selat Melaka pula memisahkan Malaysia dengan Sumatera, Indonesia.

11. Selat Tebrau memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura.


Soalan
Negara manakah paling hampir dengan Malaysia?





Arah Mata Angin

1. Arah mata angin digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Terdapat empat arah mata angin yang utama iaitu utara (U), selatan (S), timur (T), dan barat (B).

3. Selain itu, terdapat empat arah mata angin yang lain iaitu timur laut (TL), tenggara (Teng), barat daya (BD) dan barat laut (BL).

4. Alat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin ialah kompas.

5. Alat ini sangat berguna terutama kepada ahli pelayaran dan pengembara.


Soalan
Selain daripada menggunakan kompas, adakah cara lain bagi menunjukkan arah?