Saturday, March 15, 2008

Arah Mata Angin

1. Arah mata angin digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Terdapat empat arah mata angin yang utama iaitu utara (U), selatan (S), timur (T), dan barat (B).

3. Selain itu, terdapat empat arah mata angin yang lain iaitu timur laut (TL), tenggara (Teng), barat daya (BD) dan barat laut (BL).

4. Alat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin ialah kompas.

5. Alat ini sangat berguna terutama kepada ahli pelayaran dan pengembara.


Soalan
Selain daripada menggunakan kompas, adakah cara lain bagi menunjukkan arah?

5 comments:

Anonymous said...

Dengan melihat arah matahari terbenam atau terbit

Anonymous said...

Lihat bayang-bayang kayu...

Anonymous said...

Lihat kedudukan bintang pada waktu malam

Cikgu Shahrizal said...

Melihat kedudukan bintang salah satu cara ahli pelayaran menentukan arah ...

Cikgu Shahrizal said...

macam mana bayang-bayang kayu tentukan arah. sila nyatakan dengan lebih jelas