Saturday, March 15, 2008

Lokasi Malaysia di Dunia









2. Benua Asia ialah benua yang terbesar di dunia dan ia dibahagikan kepada lima bahagian:
a) Asia Tenggara
b) Asia Selatan
c) Asia Barat
d) Asia Tengah
e) Asia Timur


3. Malaysia terletak di tengah-tengah dunia iaitu di bahagian tenggara benua Asia.


4. Antara negara yang terdapat di benua Asia ialah India, China, Jepun dan Pakistan.


5. Di benua Asia, Malaysia terletak di sebelah tenggara India, selatan China dan barat daya Jepun.


6. Lokasi Malaysia di dunia pula ialah bahagian barat laut benua Australia dan di bahagian timur benua Afrika.


7. Malaysia dipisahkan dari benua Afrika oleh Lautan Hindi.


8. Kedudukan Malaysia di dunia adalah strategik kerana terletak di tengah-tengah jalan perhubungan air dan udara antarabangsa.


9. Malaysia terletak di kawasan bebas daripada bencana alam seperti letupan gunung berapi, gempa bumi dan angin kencang.


10. Pulau-pulau di Indonesia dan Filipina melindungi negara daripada hujan lebat dan angin kencang.


Klip video di bawah menunjukkan satu bencana alam yang pernah melanda Asia Tenggara termasuk Malaysia.








Soalan
Kita selalu mendengar berita tentang bencana alam yang berlaku di negara-negara lain terutamanya jiran kita Indonesia. Sebagai rakyat Malaysia, apakah yang boleh kita lakukan apabila mendengar berita-berita sedemikian?

4 comments:

Anonymous said...

menghulurkan bantuan kewangan

Anonymous said...

doktor-doktor di Malaysia secara sukarela dihantar ke sana untuk mangubati mangsa-mangsa yang tercedera

Anonymous said...

mngutip derma untuk membantu mangsa

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.